Students in Enterprise Programme (SIEP)

SIEP merupakan satu program sangkut atau program peningkatan kemahiran keusahawanan yang ditawarkan kepada pelajar Fakulti Senibina dan Ekistik (FAE), Universiti Malaysia Kelantan  (UMK) bagi memberikan input  tambahan kepada aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Program  ini menggunakan pendekatan gabungan pedagogi seperti pemerhatian, pertanyaan, belajar melalui pengalaman, kajian kes serta aktiviti simulasi.  

Pendekatan pedagogi yang digunakan pula diselaraskan dan disesuaikan dengan peringkat  pembelajaran dan tema yang  dikenal pasti dalam dua tahap SIEP, iaitu SIEP 1, dan SIEP 2.  Pada setiap tahap SIEP, pelajar ditempatkan di organisasi perniagaan selama dua minggu atau 10 hari bekerja pada cuti antara sesi pengajian.